Sunday 25 February 2018



APA ITU MUAMALAT?

Muamalat merupakan cabang kepada Shariah di mana Shariah merupakan cabang kepada agama Islam yang bermakna undang-undang Islam iaitu berkaitan hukum hakam dalam Islam. Shariah Islam boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu Ibadah dan Muamalah. Ibadah berkaitan hubungan manusia dengan Allah iaitu hal-hal tentang hukum hakam dan amalan dalam beribadah seperti solat, zakat dan sebagainya. Manakala Muamalah pula berkaitan hubungan Manusia dengan manusia yang melibatkan hukum-hukum berurusan sesama manusia seperti jual beli dan sebagainya.

Oleh itu, Muamalat merujuk kepada segala semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Dan segala urusan atau transaksi sesuatu aqad (Kontrak) antara dua pihak atau lebih yang dijalankan mestilah berlandaskan Shariah dengan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam semasa menjalankan transaksi.

Berminat dengan Diploma Pengurusan Muamalat?
Boleh terus isi borang di sini: http://bit.ly/2rxfUHt


📌Info segera: 6017 - 6662184
atau terus whatsapp kami di Http://www.wasap.my/601123891032

Pegawai kami bersedia membantu anda membuat pilihan yang tepat.

No comments:

Post a Comment

STPM VS DIPLOMA

APA ITU MUAMALAT? Muamalat merupakan cabang kepada Shariah di mana Shariah merupakan cabang kepada agama Islam yang bermakna undang...