Friday 28 April 2017

PENAJAAN / PEMBIAYAAN & BANTUAN KEWANGAN


PTPTN 



SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

-          Pemohon Warganegara Malaysia 
-          Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon  
-          Lulus SPM dgn sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (BM wajib ambil) 
-          Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun  
-          Tiada penaja lain  
-          Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);


Perlindungan Insurans Takaful PTPTN
-          Skim Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan PTPTN dengan perlindungan takaful berkelompok adalah bertujuan untuk melindungi pinjaman/ pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh PTPTN sekiranya berlaku kematian kepada peminjam/ penerima biaya atau peminjam/ penerima biaya mengalami keilatan kekal menyeluruh. 
-          Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok ini, amaun pinjaman/ pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada semua peminjam/ penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful. 
-          Setiap peminjam/ penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman/ pembiayaan. Bagi peminjam/ penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman/ pembiayaan. Manakala bagi peminjam/ penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pembiayaan tambahan. 
-          Pelan Takaful PTPTN - Pemotongan terus dari pembiayaan setiap semester.  Bermula tahun 2012 dan keatas pemotongan takaful dibuat sebanyak RM51.80 bagi pembiyaan penuh. (Bergantung kepada tempoh pembiayaan dan amaun pembiayaan)

 
Pekeliling dari PTPTN









 MARA


PERMOHONAN E-PENDAHULUAN MARA

Syarat dan kelayakan untuk mendapatkan Pendahuluan adalah:

-          Pendapatan kasar bulanan ibubapa / penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan. Walau bagaimanapun bagi ibubapa / penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan, pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA. -          Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.  
-          Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi Ijazah Pertama. 
-          Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan / Pra Universiti atau Diploma atau Higher National Diploma (HND) atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS, IPTA atau IPMa di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).  
-          Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP). 
-          Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke Pejabat MARA Negeri dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan. 
-          Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut alamat terkini pelajar. SILA RUJUK LAMAN WEB E-PENDAHULUAN MARA.




TABUNG AMANAH PENDIDIKAN N. MELAKA


1.       Pinjaman ini terbuka kepada "ANAK NEGERI MELAKA" Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
2.       Takrif "ANAK NEGERI MELAKA" adalah seperti berikut:
    • Pemohon lahir di negeri Melaka; atau Ibu dan/atau bapa pemohon lahir di Melaka; atau
    • Pemohon dan Ibu/bapa telah menetap di dalam negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
3.       Telah diterima masuk ke universiti/institusi pengajian tinggi yang ditetapkan
4.       Lulus dengan baik peperiksaan SPM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia
  




LEMBAGA ZAKAT SELANGOR



Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya :

·        Islam dan Warganegaraan Malaysia
·   Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 3 (TIGA) tahun
·      Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah)
·  Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.

No comments:

Post a Comment

STPM VS DIPLOMA

APA ITU MUAMALAT? Muamalat merupakan cabang kepada Shariah di mana Shariah merupakan cabang kepada agama Islam yang bermakna undang...